Adakah saya akan menerima sebarang keputusan daripada penyertaan saya?

  • Aug, Wed, 2024
Category: Keputusan dan Penemuan

Keputusan ujian darah, setelah disemak oleh doktor perubatan MyGenom, akan dikongsi dengan peserta, dan jika berkenaan, mungkin menjadi asas untuk rujukan lanjut. Pengukuran komposisi badan dan juga laporan ritma jantung akan turut dikongsi.

Jika terdapat sebarang keabnormalan dalam laporan ritma jantung peserta, rujukan untuk siasatan lanjut juga akan diberikan. Kami akan memeriksa gen peserta untuk varian patogen seperti yang digariskan dalam garis panduan American College of Medical Genetics and Genomics (ACMG). Jika terdapat varian tersebut dikesan, kami akan membincangkan keperluan untuk penilaian lanjut dengan Pakar Genetik dan mengaturkan konsultasi jika perlu. Walau bagaimanapun, tiada pemberitahuan tidak bermaksud keputusan ujian gen negatif, kerana tidak semua gen boleh diuji untuk semua sampel disebabkan oleh limitasi teknikal. Pasukan penyelidik MyGenom tidak dipertanggungjawabkan untuk melaporkan sebarang penemuan genetik (jika ada) disebabkan oleh limitasi teknikal.