Apakah itu Projek MyGenom?

Projek MyGenom adalah satu usaha untuk memahami susunan genetik rakyat Malaysia. Ia merupakan kajian genomik populasi berskala besar pertama negara, yang melibatkan penjujukan DNA rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan etnik. Pada Fasa I, sebanyak 2,400 genom akan dijujuk daripada individu Malaysia yang sihat, dengan matlamat untuk mencapai 10,000 genom pada Fasa II. Projek ini akan menghasilkan set data genomik yang mencerminkan kepelbagaian populasi dan menjadi kunci kepada pelaksanaan Perubatan Jitu di Malaysia.

  • +

    Genom Rakyat Malaysia
    pada Fasa I

  • Genom Rakyat Malaysia
    pada Fasa I & II

Bagaimana MyGenom Memanfaatkan Warga Malaysia

Memahami Penyakit Genetik

Dengan memetakan keseluruhan genom manusia, saintis dapat mengenal pasti asas genetik pelbagai penyakit, termasuk gen-gen yang berkaitan dengan fibrosis sista, anemia sel sabit, dan pelbagai jenis kanser

Farmakogenomik


Untuk mengkaji bagaimana gen mempengaruhi tindak balas seseorang terhadap ubat-ubatan. Pengetahuan ini membantu dalam menentukan ubat-ubatan yang lebih berkemungkinan berkesan untuk individu tertentu berdasarkan profil genetik mereka.

Perubatan Peribadi


Rawatan boleh disesuaikan berdasarkan susunan genetik individu. Pendekatan ini meningkatkan keberkesanan terapi dan mengurangkan risiko kesan sampingan dengan menyesuaikan rawatan mengikut susunan genetik pesakit.

Inisiatif Kesihatan
Awam

Dapat menyokong inisiatif kesihatan awam dengan mengenal pasti populasi berisiko terhadap gangguan genetik tertentu, sekaligus membantu program saringan untuk pengesanan awal dan langkah pencegahan.

TEROKAI MASA DEPAN MALAYSIA

Di bawah Dasar Bioteknologi Nasional 2.0, Program Flagship 4 telah menggariskan penggunaan biologi, teknologi omik, dan terapi sasaran untuk meningkatkan kesihatan melalui perubatan jitu dan peribadi.

Tonton Video

Perekrutan Inisiatif MyGenom

Status Terkini
March 20, 2025
Jumlah Sampel yang Direkrut
0
Taburan Kumpulan Umur
Pecahan Etnik