Data daripada projek MyGenom akan disimpan dengan selamat menggunakan langkah keselamatan yang ketat untuk melindungi privasi dan memastikan integriti data. Data ini akan disimpan dalam pangkalan data di premis dan ‘cloud’, yang akan meningkatkan lagi keselamatan dan perlindungannya.
Data yang dikumpul mengandungi soal selidik yang dijawab oleh peserta, yang merangkumi; tinjauan mengenai demografi, sejarah perubatan dan keluarga serta gaya hidup peserta, diikuti dengan data klinikal; hasil ujian darah klinikal standard, dan, jujukan DNA; maklumat genetik lengkap yang diperoleh daripada sampel darah.
Sebagai langkah keselamatan, data akan dilindungi dengan pelbagai tahap perlindungan, termasuk pada pelayan di premis dan ‘cloud’, pangkalan data dilindungi dengan kata laluan serta penyulitan, pengesahan dua faktor untuk log masuk, dan sistem keselamatan ‘firewall’. Paling utama, maklumat peserta akan dianonimkan.