Dasar Keselamatan

Perlindungan Data 

Kami komited untuk memastikan perlindungan data pengguna dan memastikan keselamatan laman web. Data peribadi yang dikumpul melalui borang-borang dan interaksi lain terhad kepada apa yang diperlukan dan dikendalikan mengikut undang-undang privasi yang berkuat kuasa, seperti Akta Perlindungan Data Peribadi dan Akta Perubatan 1971. Kesemua data yang dihantar antara pengguna dan laman web kami disulitkan dengan penggunaan SSL (HTTPS), dan maklumat sensitif yang disimpan pada pelayan kami dilindungi melalui kaedah penyimpanan yang selamat. Akses kepada data ini hanya terhad kepada kakitangan yang tertentu, untuk memastikan hanya kebenaran yang diperlukan diberikan.

 

Keselamatan Data

Bagi mengekalkan keselamatan data, kami sentiasa mengemas kini teras laman web, plugin, dan tema untuk mengelakkan kerentanannya. Laman web kami dihoskan oleh penyedia servis yang dipercayai, yang menawarkan ciri keselamatan seperti ‘firewall’, imbasan ‘malware’, dan salinan sandaran harian. Plugin keselamatan digunakan untuk mengimbas perisian ‘malware’ dan memantau sebarang aktiviti mencurigakan.

 

Salinan Sandaran dan Pemulihan

Kami melakukan salinan sandaran secara berkala untuk laman web ini, yang disimpan dengan selamat di luar premis. Salinan sandaran ini diuji dari semasa ke semasa untuk memastikan ia boleh dipulihkan sekiranya berlaku kehilangan data atau insiden keselamatan.

 

Privasi dan Pematuhan

Dasar Privasi laman web kami jelas menerangkan bagaimana data pengguna dikumpul, digunakan, dan disimpan. ‘Cookies’ dan teknologi penjejakan lain diuruskan dengan telus, dengan pengguna diberi pilihan untuk memberikan persetujuan mengikut peraturan privasi.

 

Pemantauan dan Tindak Balas Insiden

Untuk mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman, kami memantau aktiviti pengguna dan mengesan sebarang perubahan pada laman web. Sekiranya berlaku isu keselamatan, kami bertindak dengan segera untuk menyelesaikan masalah dan, jika perlu, memaklumkan pengguna yang terjejas.