Halaman ini menerangkan dasar privasi berkaitan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dihantar oleh pelawat. Jika terdapat transaksi atau penghantaran emel yang mengandungi maklumat peribadi, data ini mungkin akan dikongsi dengan agensi awam untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Sebagai contoh, dalam menangani aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi lain.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini, kecuali maklumat yang secara jelas dihantar oleh anda melalui emel, borang pertanyaan, atau borang pendaftaran penyertaan.
Borang pendaftaran penyertaan direka untuk mendapatkan maklumat demografi asas dan maklumat hubungan daripada individu yang menunjukkan minat untuk menyertai Kajian Inisiatif MyGenom. Maklumat yang dikumpul mungkin termasuk:
Maklumat ini akan digunakan semata-mata untuk tujuan menilai kelayakan, menghubungi peserta, dan menguruskan penglibatan mereka dalam kajian. Kesemua data yang dikumpul akan dikendalikan mengikut peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi dan Akta Perubatan 1971.
Sesetengah laman web menghasilkan ‘cookies’, yang dikumpul oleh pelayan web untuk membolehkan lawatan seterusnya oleh pengguna, dikenali oleh laman web. Portal ini hanya menggunakan ‘cookies sementara’ atau ‘cookies sesi’ untuk tujuan teknikal, seperti perubahan pilihan bahasa. ‘Cookies’ ini tidak menyimpan data secara kekal dan tidak disimpan pada pemacu keras pelawat. Setelah pelawat menutup pelayar, ‘cookies’ tersebut akan dipadamkan.
Dasar privasi ini hanya terpakai kepada laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa laman web yang dipautkan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza, dan pelawat digalakkan untuk menyemak dan memahami dasar privasi setiap laman yang mereka lawati.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, kemas kini akan dipaparkan di halaman ini. Dengan melawati halaman ini secara berkala, anda akan sentiasa dimaklumkan tentang maklumat yang dikumpul, bagaimana ia digunakan, dan, dalam keadaan tertentu, bagaimana ia mungkin dikongsi dengan pihak lain.