Apakah Projek MyGenom?
Category:
Maklumat Umum
Projek MyGenom adalah usaha untuk memahami susunan genetik rakyat Malaysia. Ini adalah kajian genomik populasi berskala besar yang pertama di negara kita, yang bermaksud mengekod DNA rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan etnik. Dalam Fasa I, 2,400 genom akan dianalisis dari individu Malaysia yang sihat, dengan matlamat mencapai 10,000 genom dalam Fasa II. Projek ini akan mewujudkan set data genomik yang mencerminkan kepelbagaian populasi kita dan akan menjadi kunci untuk Perubatan Jitu di Malaysia.