Apakah manfaat menyertai projek ini?
Category:
Manfaat dan Risiko
Dengan menyertai projek ini, peserta akan mendapat manfaat langsung dari ujian saringan kesihatan, termasuk ujian fizikal dan darah. Keputusan ujian akan merangkumi kiraan darah penuh, HbA1c, profil buah pinggang, profil lipid, profil tiroid, dan fungsi hati.
Selain daripada itu, memandangkan projek MyGenom adalah inisiatif jangka panjang yang mempunyai implikasi besar untuk pelaksanaan perubatan tepat di negara ini, penyertaan merupakan peluang besar untuk menyumbang kepada kesejahteraan generasi masa depan rakyat Malaysia.