Bagaimanakah data saya akan digunakan?
Category:
Pengumpulan Data dan Privasi
Data kolektif yang diperoleh daripada projek MyGenom akan menjadi asas untuk pelaksanaan Perubatan Jitu demi manfaat rakyat Malaysia. Ini akan dicapai melalui pemahaman yang lebih baik mengenai kepelbagaian genetik unik populasi dan bagaimana ia berkaitan dengan manifestasi kesihatan manusia.