Adakah negara lain mempunyai inisiatif genomik populasi yang serupa?
Category:
Maklumat Umum
Ya, banyak negara di seluruh dunia mempunyai inisiatif genomik populasi yang serupa. Sebagai contoh, Vietnam telah menjujuk 1,000 individu, manakala Korea Selatan telah menjujuk 10,000 individu. Singapura sedang bergerak ke arah menjujuk 500,000 individu (dalam Fasa III mereka), manakala Jepun memperluas kepada sekurang-kurangnya 150,000 individu. Negara-negara di Eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Emiriah Arab Bersatu menuju ke arah menjana berjuta-juta genom untuk populasi mereka.