Secara amnya, terdapat empat jenis data yang akan dikumpulkan: Keputusan ujian saringan kesihatan, ukuran fizikal, maklumat daripada soal selidik, dan data genomik daripada penjujukan.
Data kolektif yang diperoleh daripada projek MyGenom akan menjadi asas untuk pelaksanaan Perubatan Jitu demi manfaat rakyat Malaysia. Ini akan dicapai melalui pemahaman yang lebih baik mengenai kepelbagaian genetik unik populasi dan bagaimana ia berkaitan dengan manifestasi kesihatan manusia.
Data daripada projek MyGenom akan diuruskan oleh Jawatankuasa Akses Data, yang akan memastikan maklumat itu dikongsi dan diakses dengan bertanggungjawab. Penyelidik yang mempunyai kelulusan yang diperlukan boleh menggunakan data ini untuk kajian mereka, tetapi ia akan dikongsi secara rahsia, memastikan privasi dan hak peserta MyGenom.
Data peribadi akan dianonimkan untuk melindungi privasi setiap individu. Akses tidak diberikan kepada penjejakan maklumat kembali kepada individu, kecuali kepada sebilangan kecil penyelidik. Semua data genomik dan fenotipik (ciri fizikal, keputusan darah, dan sebagainya) akan disimpan dalam pangkalan data yang selamat di NIBM dan NIH.
Data daripada projek MyGenom akan disimpan dengan langkah-langkah keselamatan yang ketat untuk melindungi privasi dan memastikan integriti data. Data ini akan disimpan di ‘miror sites’ di pangkalan data di premis (MGVI-NIBM) dan di ‘cloud’ (NIH). Antara langkah keselamatan adalah sandaran ‘miror sites’, pengenalan peribadi yang dianonimkan, penyulitan dan perlindungan kata laluan, serta sistem keselamatan firewall.
Data daripada projek MyGenom mungkin dikongsi dengan penyelidik dan penyiasat lain, dengan syarat kelulusan eksplisit diperoleh daripada Jawatankuasa Akses Data MyGenom. Sebagai sebahagian daripada proses kelulusan, penyelidik mesti memastikan dan mengakui bahawa data tidak akan digunakan dengan cara yang boleh menyebabkan diskriminasi.
Sampel darah akan disimpan sekurang-kurangnya 10 tahun di Biobank NIH. Data dan maklumat diunjurkan untuk disimpan selama-lamanya demi manfaat jangka panjang negara.