Soalan Lazim

Category: Manfaat dan Risiko

Dengan menyertai projek ini, peserta akan mendapat manfaat langsung dari ujian saringan kesihatan, termasuk ujian fizikal dan darah. Keputusan ujian akan merangkumi kiraan darah penuh, HbA1c, profil buah pinggang, profil lipid, profil tiroid, dan fungsi hati.

Selain daripada itu, memandangkan projek MyGenom adalah inisiatif jangka panjang yang mempunyai implikasi besar untuk pelaksanaan perubatan tepat di negara ini, penyertaan merupakan peluang besar untuk menyumbang kepada kesejahteraan generasi masa depan rakyat Malaysia.

Category: Manfaat dan Risiko

Risiko adalah minimal kerana satu-satunya prosedur invasif adalah pengambilan darah. Mungkin akan mengalami sedikit kesakitan dan/atau lebam di tempat tusukan jarum yang biasanya akan hilang dalam beberapa hari.